Friday

Resepi Buttermilk Chicken dan Nasi Butter by Yasminz

Okay here yasminz  nk bagi resepi buttermilk chicken dengan nasi butter. Since ayam ni manis dan pedas, so yasminz buat la nasi butter. So seimbang jugak la kan? Hehehe. Tapi kalau nk makan dengan nasi putih pun no problem! Citarasa masing2 hehe.


Okay ni nasi butter. Memang agak kilat sikit sebab dicampurkan dengan butter kan.

Bahan-bahan:

2 pot beras
1 sudu butter
Garam
Blackpepper

Cara-cara:

1. Basuh nasi sehingga bersih
2. Masukkan butter, sedikit garam dan blackpepper
3.Bila nasi dah nak masak, gaul rata bahan2 tadi.
4. Dah siap!!


Ayam butter/ Buttermilk chicken simple and sedap!!!



Bahan-bahan:

Ayam:
Ayam setengah ekor (potong kecil)
Serbuk kari
Serbuk kunyit
Garam
Telur
Tepung gandum

Kuah:
6-7 ulas bawang putih (cincang)
2 sudu butter
Susu segar (susu cair/pekat pun boleh)
Daun kari
Cili padi
Garam
Gula

Cara-cara:
Ayam
1. Perap ayam yang telah dipotong kecil bersama dengan serbuk kari, serbuk kunyit dan garam.
2. Celup ayam ke dalam telur dan tepung gandum 
3. Goreng ayam sehingga garing
4. Dah siap, letak tepi dulu

Kuah:
1. Cairkan butter ke dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.
2. Masukkan susu segar dan kacau hingga mendidih
3. Masukkan garam dan gula
4. Gaulkan ayam tadi bersama kuah. (Kuah akan jadi pekat bila ayam dah dimasukkan sebab tepung gandum pada ayam tu blh buat kuah tu pekat)


**Cili padi kalau yg suka pedas blh letak. Kalu yg tak suka, taknak letak pun takpe

Selamat Mencuba!!! 
xoxo

Sunday

Ayam Penyet Wong Solo, Melaka #foodreview by Yasminz


Okay now nak cerita pasal ayam penyet Wong Solo! Serious mmg terbaik dia punye masakkan. Ni set ayam penyet which is ayam ni digoreng biasa, bukan nye dibakar. Ada macam2 lagi menu kt sini antaranya pecel lele (ikan keli) penyet, udang penyet, ayam bakar and so on. Tapi harini nak buat #foodreview pasal set ni sahaja. 


Set yang Yasminz try ni ada:

Nasi putih, Ayam Penyet, Tauhu, Tempe, Salad, Timun, Terung, Sambal dan Air

Nasi nye nasi putih biasa tapi memang wangi and naikkan selera. Sambal ??? Takyah cakap. Memang pedas dan sedap! Ada jugak dorang sediakan sambal lain kt atas meja. Sambal tu kurang skit pedas dan ada sambal kicap jugak. Terung dia memang terbaik. Sangat sedap okay! Ayam dia?? Takyah cakap, 1 ketul rasanya mcm tak cukup je. Lagi-lagi rempah dia rasa cukup and ayam lembut sangat. Paling penting makan ayam penyet ni kene pakai tangan. Baru feel! :D

BTW, kalau dekat Melaka, masa 1st time pergi time tu baru pukul 8.30 on Saturday I think, pergi sana banyak yang dah habis. Sebab mmg ramai orang. Bila second time pergi, Saturday gak tapi tengah hari. So time tu mmg puas hati sebab makanan semua available lagi! :)

Price: RM10.90

Food Rating: 8/10
Service Rating: 7/10
Overall: Good & RECOMMENDED!

Saturday

Resepi Nasi Goreng Sambal Hitam Pahang by Yasminz

Simple Dimple!


Bahan-bahan:
1 mangkuk nasi
2 sudu sambal hitam pahang
1 ulas bawang besar
2 biji telur
Minyak
Garam

Cara-cara:
1, Tumis bawang besar sehingga naik bau, kemudian masukkan sambal hitam pahang.
2. Masukkan sedikit garam dan pecahkan telur.
3. Masukkan nasi dan gaul rata.
4. Dah siap!!  Yay!!!

**Minyak jangan letak banyak sangat sebab sambal hitam tu sendiri dh berminyak



Jangan lupa try okay! <3

Resepi Spaghetti Aglio Olio by Yasminz

Jemput Lapar!



Bahan-bahan:

1 packet spaghetti
6 ulas bawang putih (cincang)
1/2 bawang besar (cincang)
5-6 tangkai cili kering (gunting) *cili padi pun boleh
2 keping isi ayam (potong dadu)
Chicken stock
Garam
Olive oil
Blackpepper

Cara-cara :

1. Rebuskan sepaket spaghetti campur dengan sedikit minyak dan garam. Kemudian masukkan sekali ayam tadi bersama spaghetti. Dah siap, toskan dan letak tepi.

2. Tumis bawang putih & bawang besar yang dah dicincang dan cili kering. Tumis pakai olive oil. 

3. Lepas tumis dah garing and naik bau, masukkan spaghetti dan ayam tadi ke dalam kuali bersama dengan chicken stock.

4. Tabur sedikit blackpepper dan gaulkan. After that, hidangkan. Dah siap!


**Bawang besar taknak letak pun takpe. Tapi ni letak sebab suka rasa manis bawang besar tu sendiri :)

**Ada orang pakai butter, tp butter bila dah sejuk, akan jadi mcm lilin. So guna minyak lagi bettter. Minyak makan biasa pun boleh tp cuma cepat muak sikit.

**Chicken stock boleh digantikan dengan garam kalau nak lagi sihat hehe. Kalau dah letak chicken stock, takyah letak garam. Kalau dah letak garam, takyah letak chicken stock. Nanti masin sangat. Lagipun garam kite dah letak time rebus spaghetti kan. So letak chicken stock tu berpada2 k. Jangan terlalu banyak.

**Nampak mcm lagi complicated daripada resepi sepatutnye kan? Tapi percaya lah, insyaAllah resepi ni sedap :)


Assalamualaikum

Okay my purpose buat blog ni sebab kite suka makan and masak makanan2 yang best. So I decided to share my recipes and buat food review sikit2 untuk korang! Yay! Hehehe. Okay so korang boleh try my recipes yang I will upload.

BTW, yasminz ni dapat daripada Yasmin Nabilah  Zakaria, N&Z digabungkan daripada nama yasmiN tu. So jadilah YasmiNZ  hehe :)